1. AL-QURAN READ PEN
Produk canggih dan
cepat iaitu ALQURAN PEN yang dapat membantu serta membimbing para pembaca yang
ingin belajar pembacaan Al- Quran dengan lebih cepat dan mudah. Antara kelebihan
yang ada pada pen ini, pembaca boleh membaca dengan dasar tajwid dan takhrijul
hurufnya. Di samping itu, pengguna boleh mengetahui indek penduan bacaan ayat-ayat suci al-quran dengan hanya melalui
pen tersebut, dengan secara langsung menunkukan ayat, halaman yang dikehendaki
tanpa membuka al-quran. Ia juga tersedia dengan tiga bahasa dan gaya bacaan
Al-quran. Pen ini juga terdapat cara menunaikan solat, bacaan doa-doa serta
panduan Haji dan Umrah. Malah apa yang paling penting ia mudah dibawa ke
mana-mana. Harga yang ditawarkan ialah RM496.47 sahaja.
2. TUNGKU
ELEKTRIK
Produk ini di perbuat
daripada teknologi canggih dan merupakan inovasi terbaru bantal
kesihatan(tungku elektrik). Bahan fabric bantal ini diperbuat daripada bahan
anti bacteria. Ia tidak berbau dan diisi dengan cecair ubatan. Bantal ini amat
bagus untuk tujuan mengelakkan arthritis, sakit mata, servikal vertebra, sakit
kepala, sakit gigi, kepanasan badan, mengelakkan sakit leher, bahu, belakang,
terseliuh, sakit tulang atau otot,senggugut dan paling sesuai kepada wanita
yang sedang berpantang bersalin. Ia hanya perlu dicas 5 hingga 8 minit dan
terus boleh digunakan selama 2 hingga 3 jam. Ia merupakan barangan keluaran
Taiwan. Harga yang ditawarkan hanya RM25 sahaja.
3. ALAT
PENGUJI KEHAMILAN DENGAN PENGANTARAAN USB
Ia merupakan alat
penguji kehamilan digital pertama di dunia yang dapat dihubungkan ke computer melalui
pengantaraan USB. Cara penggunaannya hamper sama iaitu menggunakan sepotong
kertas tebal lalu digunakan untuk mengambil contoh urine ( air kencing ) dan
selanjutnya memasukkan potongan tersebut ke dalam alat USB tersebut. Melalui software
yang ada, dapat diketahui kadar hormone yang ada dan disimpan data di dalam computer
sehingga anada boleh menggunakan data tersebut untuk analisa apabila
diperlukan. Sebenarnya alat ii juga boleh digunakan untuk mengetahui kadar hormon
yang lain, contohnya mengetahui waktu ovulasi. Harga yang ditawarkan hanya RM595.77.
4. KACAMATA
MP3 BLUATOOTH EARPHONE
Ia merupakan kacamata
yang boleh menikmati lagu tanpa kabel, disediakan dengan 2GB memori mencukupi
untuk menyimpan 400 buah lagu kegemaran. Ia juga berfungsi sebagai Bluetooth earphone
untuk handphone, maka tidak perlulah lagi memakai headset Bluetooth. Ia juga
boleh dipakai ketika perbualan melalui handphone dan dipasang pada laptop
misalnya blluetooth earphone untuk mendengar suara dari laptop tanpa kabel. Kelebihannya
memainkan MP3 sehingga 5 jam dan waktu berbual hingga 8 jam. Boleh digunakan
sebagai flashdisk 2GB untuk membawa file kemana-mana dengan jarak wireless Bluetooth
10 hingga 20 meter. Cerminnya boleh dinaik dan diturunkan posisinya serta
dibengkokkan hingga ke telinga. Ia juga terdapat system kawalan untuk
pemberitahuan bateri disaat lemah dan auto shutdown untuk khidmat bateri. Harga
yang ditawarkan RM1026.
5. KAMERA
TERSEMBUNYI DALAM ‘CHEWING GUM’
Telah dispesifikasikan
mempunyai penderia imek CMOS, resolusi video 640x480 piksel berformat AVI, saiz
imej foto pegun : 1600x 1200 piksel berformat JPEG, rakaman bunyi audio, slot
memori dibina TF atau kad mikro SD, mikrofon, jarak jangkauan objek yang
disyorkan 5 hingga 7 meter dan 3 hingga 5 audio, sumber tenaga menggunakan
bateri cas semula. Ia juga mempunyai cirri-ciri dengan berat 19 gram termasuk
bateri, bersaiz kecil, amat sesuai untuk
dijadikan kamera tersembunyi, rakaman fail berformat AVI dan boleh
dirakam selama 2 jam. Dilengkapi dengan butang HOLD dan berterusan merakam
hingga memori penuh atau ditutup secar manual. Harganya hanya RM 240.
6. RAIN
CLOUD C-15
Rain Cloud C-15, adalah
alat yang dapat menghasilkan air bersih melalui udara. Pada dasarnya, cara
kerja ini tidak banyak bezanya dengan alat pengawal kelembapan udara tetapi air
ini didapati dari udara tersebut dikumpul dan diproses kembali melaui system penapisan
untuk mendapatkan air bersih dan boleh diminum dengan segera. C-15 dapat
menampung air sebanyak 20 liter seperti sebuah dispenser air dan boleh menyediakn
air dalam keadaan panas dan sejuk. Harga yang ditawarkan RM 3 040.29.
7. JANTUNG
BUATAN
Para penyelidik di
Perancis telah menghasilkan pembuatan senuah jantung buatan dari bahan plastic yang
dapat berdenyut seperti jantung asli manusia. Jantung plastic ini menggunakan
sensor elektronik untuk mengawal denyut jantung dan juga aliran darah yang
mengalir masuk dan keluar ke dalamnya. Walaupun belum pernah diuji pada tubuh
manusia, tetapi ia telah Berjaya diuji pada seekor binatang mamalia besar. Sudah
tentu, dengan keluaran jantung plastic ini, ia akan member peluang kepada
pesakit jantung yang bermasalah. Harga mungkin akan mencapai sehingga RM584
161.37.
8. USB
COOLER
USB COOLER bergaya
retro dan memiliki LED kecil bewarna biru. Lampu LED membantu minuman anda
tetap dingin sepanjang masa. Dengan saiz nya kecil dan memuatkan sebuah tin
minuman, menampakkan ia lebih mudah diletakkan dimana-mana terutamanya meja
pejabat. Sambungannya amatlah mudah, dengan menyambungkan ia terus USB ada
laptop. Setelah penat membuat kerja, anda boleh menikmati air minuman anda
dengan mudah malah apa yang penting masih dalam keadaan yang sejuk. Harga ditawarkan
amalah berpatutan iaitu RM60.78.
9. USB
BATERI
Dengan teknologi yang
sebar canggih sekarang, USB Bateri merupakan bateri yang boleh dicas semula
melalui pengantaraan dengan USB komputer. Bersaiz seperti saiz bateri biasa,
tetapi rekabentuknya telah diolah kepada bentuk yang lebih mudah untuk dicas
semula dengan penambahan pada bahagian nod positif, disertakan tempat pembuka
USB untuk penyambungan. Harganya hanya RM 82.06.
10. USB
AROMATERAPI
Teknologi ini amatlah
ringkas, dengan kemudahan dan keistimewaan Aromaterapi tetapi telah diolah
dengan penyambungan USB kepada laptop mahupun komputer. Anda boleh menikmati
haruma aromaterapi ketika menjalankan kerja di pejabat tanpa menggunakan alat pewangi
aroma yang lain. Penyambungan pada USB laptop akan memanaskan dan ia beroperasi
pada suhu yang stabil. Pewangi aroma akan diletakkan pada hujung USB tersebut. Harga
yang ditawarkan RM28.88.
No comments:
Post a Comment