Nama : Nurul Akmar Binti Abdul Rahman
Nombor Matrik : A 132125
Program : Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Kepujian (Matematik)
Tahun Pengajian : Tahun 2
Semester : 2
Tutorial : Pukul 8.00 pagi - 10.00 pagi ( Makmal 3 )
Email : Acuus_librra@yahoo.com
Assalamualaikum...
Diariku.. bagaimana jejaknya kakiku di menara gading ini...
Titik permulaan....Pada era 90-an, aku masih lagi dibangku Sekolah Kebangsaan.... setelah tamat darjah 6, aku telah ditempat disekolah asrama biasa yang tiada tauliahnya.... banyak pengalaman pahit & manis terukir selama 5 tahun disana.... buah fikiran masih melayang memikirkan apakah cita-cita ku yang sebenarnya.....
aku masih ingat, dahulunya ketika bermain bersama-sama rakan... Lakonan yang gemar kami lakukan adakah menjadi seorang GURU.... kotak fikiran mengatakan " eehhh... Bestnye jadi cikgu".. lalu aku mengsetkan cita-citaku sebagai seorang GURU... Tetapi ketika ku dibangku Sekolah Menengah, cita-cita ku menjadi musnah.. apabila salah seorang daripada guru mangatakan bahawa tanggungjawab seorang guru itu sangatlah berat & perlu memikul amanah, bkn setakat didunia malah diakhirat akan dituntut jika tidak dijalankan dengan sewajarnya.... "ahhh... biar betoiii....emmm... x nak lah jadi cikgu"... setelah tamat SPM.. aku disuruh untuk mengisi borang maktab oleh kakakku, tetapi akibat daripada kes itu, aku tidak bersungguh-sungguh melakukannya... tidak seperti rakan2 yang lain.. de yang masuk MATRIKULASI....
emmm... apa kan daya... setelah mengganggur hampir setahun... aku ditawarkan menyambung pengajianku ke peringkat Diploma Kejuruteraan Elektronik(Perubatan).. aku memang gembira.. sebab aku sangat suka akan program yang melibatkan sains... semakin hari fikiran semakin matang dalam memikirkan keputusan yang telah dilakukan... Pernah aku terfikir mengapa aku tidak melanjutkan pengajianku dalam PENDIDIKAN, sebaliknya KEJURUTERAAN.... sedangkan itulah cita-citaku sejak dulu... setelah memikirkan agak panjang.. baik & buruk, risiko.. dan sebagainya...
![]() |
Niii... lah hasil 3 tahun.. untuk dapat segulung Sijil Diploma Kejuruteraan..... |
Aku ingin melanjutkan pengajianku ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Matematik) setelah tamatnya 3 tahun diperingkat diplomadan alhamdulillah result agak memuaskan hati... walaupun pada mulanya hanya redha atas prosedur yang patut dilalui sebelum jejaknya kaki di Universiti yang sangat terulung ini...UKM....
Alhamdulillah.... tanggal 4 Julai 2010.. bermulalah kisahku di UKM.... pertama kalinya masuk ke kuliah... ia agak memeranjatkan aku, kerana aku agak sedih kerana aku tiada basic di dalam ilmu matematik yang agak mendalam..malah hanya sekadar matematik kejututeraan..."ahhh.. macam mana aku nk teruskan liku2 ini lagi 3 tahun yg akan mendatang"... aku cuba kuatkan hati...setabah yang mungkin.....
Aku berharap tanggal akhir 2014 ini.. mampu menjadikan diri ini sebagai seseorang bakal guru yang sarat dengan rasa berkobar-kobar untuk berkhidmat, mendidik & memimpin "Alif Baa Taa" iaitu Agama, Bangsa & Tanah Air......Insyallah..
Amin....
hanya padaMu aku berserah.. agar Kau tetapkan hati ku... dengan penuh Keikhlasan menuntut ilmu yang tidak pernah putus selama-lamanya, selagi nyawa dikandung badan.....
ReplyDelete