GGGE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN

      Kursus ini memberikan pengetahuan serta latihan amali yang meliputi aspek konsep, peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan. Pelajar juga didedahkan tentang prinsip-prinsip penyediaan, penggunaan, pemilihandan penilaian media pengajaran, serta perancangan pengajaran berpandukan Teknologi Pendidikan yang merangkumi aspek pendekatan sistem, kepelbagaian media dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan.

    Aspek penerbitan, grafik dan penghasilan media seperti bahan bercetak, bahan dua dan tiga demensi, trasnperansi, fotografi, filem slaid, audio,video dan sebagainya bagi tujuan pengjaran pembelajaran diberi penekanan. Di samping itu juga, pelajar didedahklan dengan isu-isu semasa dan inovasi dalam Teknologi Pendidikan.

Semoga dengan pengetahuan yang diperolehi ketika pembelajaran subjek ini, kami sebagai bakal guru akan menggunakan sebaik yang mungkin ilmu yang diperolehi untuk menarik minat para pelajar ke arah pemdekatan P&P yang berkesan......





MANFAAT YANG DIPEROLEHI :

  1. dapat mempelajari bagaimana cara mencipta blog serta pengaplikasiannya dalam P&P di sekolah selaras dengan kemajuan teknologi maklumat sekarang.
  2. tugasan membuat esei ataupun mini tesis... dapat memberikan sedikit tunjukajar awal bagaimana cara membuat tesis yang sebenar.
  3. diberi projek membuat bahan bantuan mengajar (BBM) dengan menggunakan bahan-bahan terbuang, ini dapat membantu para bakal guru berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyediakan BBM ketika di sekolah kelak bersesuaian dengan keadaan sekolah.
  4.  kami diberi pemdedahan dalam pembikinan video sendiri dengan menggunakan software-software yang terkini dalam pengeditan video.


No comments:

Post a Comment